Thursday, September 13, 2012

keMAHUan @ kePERLUan .. ??

hallloopp...
Kali ni rasanya nk update psl list brg2 yg aku rasa aku perlu beli xkesah la bulan ni..bulan dpn atau bila2..hehe.. list2 jgk tp kena tau bezakan keperluan or kemahuan...
keperluan : sesuatu yg sgt kita mahu and sgt2 perlu
kemahuan : sesuatu yg kita mahu and xberapa nk perlu

1st : Wallet / Purse
Brg ni aku sgt2 perlukan skang sbb yg lama ni dh mcm wajib dibuang...hehe..baru je setahun rasanya guna, berjenama la jgk sbb beli kat sogo tp entah la..owner nya ganaz sgt kot...zip dh rosak...tp kadang2 je rosaknye..bila zip slow2, ok balik..saje je purse 2 nk ngada2...tp xkira la..nk beli gak yg lain..sape suh wat hal kan..*alasan mmg nk beli yg baru sebenarnya...hehe..*
cite psl wallet ni aku prefer guna zipper wallet sbb sng......boley masuk cmtu je campur ngan duit syiling...duit kertas xberlipat and duit syiling pun xberterabur kua dr wallet..


tp teringin gak nk ubah selera gna wallet biasa..yg pendek ckit dr zipper wallet 2.. 



ok x...??


wallet idaman brand Carlo Rino..tp mak ai pricenya mmg mhl.. kalo sale pn mhl lg...so tggu jela nnt kalo ada rezeki lebih akn ku beli jugak wallet Carlo Rino itu...=)

Wallet / Purse - KEPERLUAN -

2nd : Kasut/ Sandal/Selipar
Yg ni agak confius gak la nak kata kemahuan ke keperluan..hehe..bkn apa..kasut ni kan penting, hari2 nk guna g keje,kua jnjalan..btl x..so aku klasifikasikan ianya sbagai keperluan la..actually, nk tambah koleksi wedges yg sedia ada..*bunyi dh mcm kemahuan je*.. suka pkai wedges sbb bkn heel,tapak  rata tp tinggi so stabil nk jln..xrasa kekok..sakit pn skit2 je kalo pkai lelama.. brand yg slalu aku pkai brand nose, vincci and vern's.. yg xde brand pn ada jgk..janji lawa, ley dipakai..hehe..

pattern yg aku suka..

tp yg btl2 keperluan sebenarnya sandal and selipar je.. wedges 2 xde dlm list pn.. saje je suka2 nk tambah dlm list.. *pompuan kan nafsunye 9, so ni la slh 1 nya...ish3x*
simple je kan..

Kasut/ Sandal/Selipar - KEMAHUAN & KEPERLUAN -

3rd : External Hard Disc 
Agak ketinggalan la baru sebuk nk beli external hard disc..sbbnya baru rasa diperlukan.. memory kat laptop dh hampir full sbb banyak pic2 aku save kat ctu..so sebagai solutionnya, aku kena beli external and transfer sume pic2 tersebut.. di watnya laptop wat hal, then xley nk recover balik pic2 2 xke naya... kenangan kot...xley ilang...sayang wo.. kena beli cpt2 ni..


External Hard Disc  - KEPERLUAN -

Last : Perfume
haha...yg ni wajib kena ada.. nk wat cmne dh mmg habit beli perfume...xkesah la mhl ke murah janji perfume... brand pe pn belasah je janji wangi.. yg ni mmg sgt2 bkn keperluan..tp sgt2 dimahukan...=D


Perfume -KEMAHUAN - (ada x font yg lg kecik sbb xnk bg org nampak kategori perfume ni kemahuan or keperluan..hehe..)

bnyak lg patotnya brg2 yg nk dilistkan... tp stlh disenarai pendekkan..ni je la kot.. xbaik haloba..skit2 je suda...lain kali kalo ada lg, akn di update sesegera yg mungkin... 

peace yooo.. ^_^








Saturday, September 8, 2012

Key To Happiness

Hubungan cinta adalah merupakan sesuatu yang indah. Semua manusia di dunia inginkan pasangan yang mencintai mereka dan mampu memberi kebahagiaan.. Kunci penting untuk terus berada dalam kebahagiaan dan terus mempunyai rasa cinta terhadap pasangan ialah “Menerima Pasangan Seadanya” ~~


Bagaimana untuk menerima untuk menerima pasangan seadanya?
Semuanya akan kita kaitkan dengan rasa CINTA. Jika cinta yang diluahkan itu memang benar-benar dari hati, ia bermakna CINTA itu adalah tulus dan ikhlas. Di sini berlakunya penerimaan seadanya terhadap pasangan dari sudut perangainya, sifatnya malah fizikalnya.

Jika anda mempunyai pasangan yang agak gemuk, atau pasangan yang kurus, namun disebabkan cintanya anda terhadap dia, anda mungkin tidak akan pandang pada paras rupanya yang berisi itu. Adapun kalau hendak diikutkan, tidak menjadi sebarang masalah memiliki pasangan yang gemuk. Cuma persepsi masyarakat sekarang yang suka berpandangan negatif dan terlalu mementingkan paras rupa. Asal hatinya baik dan beriman, baik juga akhlak dan tingkah laku seseorang itu, ianya adalah cukup untuk dia membahagiakan pasangannya.

Penerimaan juga boleh dilakukan terhadap perangai dan tingkah laku pasangan. Cubalah menerima perangai pasangan anda. Contoh perangai suka bermanja, bersikap keanak-anakkan, suka merajuk ( kena bold ni..hee...~ ), suka berleter, ada ego tersendiri. Perangai-perangai ini tidaklah begitu teruk, dan ianya adalah satu rencah dalam hubungan yang jika kadang-kadang dapat bertolak ansur kerana ianya tidak salah dan hanya untuk menerima cara pasangan anda.
Bagaimanapun, penerimaan seadanya hendaklah dilakukan dengan keadaan yang betul, dan bukan untuk semua perkara. Ada perkara contoh yang melibatkan hukum agama, yang ianya tidak boleh diubah sesuka hati. Dalam hal ini, jika pasangan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, anda perlu menegahnya dan tidak boleh hanya menerima. Contoh jika si isteri tidak memakai tudung, si suami WAJIB menyuruh si isteri untuk memakai tudung, dan tidak boleh untuk terus menerima cara isterinya itu, kerana kewajipan untuk menutup aurat. 
Cubalah mengerti dan memahami pasangan anda. Tidak salah untuk berbuat demikian kerana dia adalah peneman hidup anda, segala-gala yang akan anda tempuhi adalah bersamanya, dan jika anda menerima dia seadanya, nescaya hidup anda bersama insyaAllah akan terus bahagia. Kerana ini bukan kisah tentang cinta sahaja, tetapi ianya kisah tentang kehidupan.
**Terimalah pasangan anda seadanya.. Saat Lafaz aku terima nikahnya..., itulah saat segala-galanya.....**
Harus diingatkan bahawa...
Lelaki bukan BANK ,
Nak apa main order je. Bila dapat, terima kasih pun tak ucap.
Lelaki bukan KASUT,
Yang awak suka-suka je nak tukar2 setiap hujung minggu.
Lelaki bukan TUNGGUL ,
Awak datang bila awak memerlukan, then awak tinggalkan dia.
Lelaki bukan MIKROFON ,
Yang awak suka arah-arah dia itu dan ini.
Lelaki bukan HARIMAU ,
Garang pun, adakalanya dia manja bak kucing perlukan belaian.
Lelaki bukan CEWINGUM,
Bila manis awk kunyah, bila hilang manis awk tuihh mcmtu je.
Dan lelaki itu bukan BADUT ,
Untuk hiburkan awk supaya awk ketawa sepanjang masa.
Jadi.. Hargailah Insan Yang bernama Lelaki ......

Peringatan utk pembaca2 dan diriku juga.... peace.. ^_^