Hari ni aku telah mengenali pelbagai herba dan ulam2 yang sebelum ni aku xpernah tahu dan x ambik tahu pn tentang herba2 dan ulam2man ni...huhu..
hujan turun dengan lebatnya pagi tadi,tapi program penghakiman Kitchen Garden diteruskan juga seperti yang dirancangkan.aku,bloggerboss,kak niza,abg art dan 3 lagi wakil hakim dari MARDI,JABATAN PERTANIAN dan MPK pergilah ke lokasi seperti yang ada di dalam jadual...9 lokasi yang kami telah pergi untuk hari ini..di felda chuping, felda rimba mas, n etc..di 9 lokasi ini jugak la aku dapat mengenali pelbagai herba dan ulam2.
seronok bila dapat tahu kelebihan2 herba dan ulam2 yang aku jumpa tadi...lagi2 bila berkaitan tentang awet muda.haha..semuanya nak aku rasa.walaupun ada sesetengahnya memang pahit dan kelat.tapi disebabkan baik untuk kesihatan dan elok untuk kecantikan.aku telan je.hee~
mas cotek,sambung nyawa,rossele(asam paya),jarum tujuh,cekur hitam,lada hitam asli,lemak ketam,pucuk gajus adalah antara herba dan ulam2 yang aku rasa..ada yang rasa manis,kelat,pahit dan ada jugak yang tak ada rasa langsung.
dah seronok sangat telan herba2 ni.pak syed(wakil hakim dari MARDI)baru bagitahu jangan makan banyak2 nanti panas..huhu..sabar jela.dah banyak aku telan herba2 ni..dia baru nak bagitahu..dan2 la badan aku terasa panas.padahal sebelum pak syed bagitahu xdela pulak terasa panas..huhu.
yang pastinya aku enjoy hari ni..dan rasa panas badan ni belum hilang lagi..hee~~=)
*moral of the story...
herba memang bagus..tapi jangan lah makan berlebihan..tapi ulam xde masalah kot nak makan banyak2.pastikan bersih dan bebas racun..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment