Wednesday, September 22, 2010

'Kaduk Naik Junjung'?

pernah dengar tak pepatah "kaduk naik junjung"...?

'sudah melampaui batas'..
itulah mksud yang aku dapat hasil daripada google searching..

sebelum ni aku xtau pun macam mana rupa kaduk tu...sekarang baru la aku tau yang kaduk ni saling xtumpah macam sirih..
so dalam diam aku terfikir kenapa perlunya ada pepatah kaduk naik junjung??
kenapa tak sirih naik junjung..

secara logiknya...selalu orang wat junjung menggunakan sirih..tu sebab ada panggilan 'sirih junjung',belum penah lagi dengar 'kaduk junjung'..Eee...xsedap betul bunyinya...=P

so aku boleh buat kesimpulan awal..kaduk memang xboleh di jadikan junjung..kalau kaduk di jadikan junjung..dan di panggil kaduk junjung...melampaui batas la jadinya..kaduk bila dah di sama tarafkan dengan sirih..macam tu lah jadinya..lupa diri..lupa asal usul..

itu baru kesimpulan awal..

tp info yang aku dpt ni sangat membantu mengapa kaduk tidak boleh naik junjung...
bacalah..ada jugak kebenarannya..


mengapakah kaduk tidak boleh naik junjung?

kenapa rupa kaduk seakan sirih?mengapa kaduk tidak boleh naik junjung seperti sirih??

1. sirih adalah sejenis tumbuhan yang amat sinonim dengan orang melayu…dan juga india…

2. sirih banyak khasiatnya…boleh jadi pencuci/pembersih mulut…boleh direbus airnya digunakan untuk kesegaran dan bermacam lagi

3. kaduk?tidak setanding sirih…hidupnya melata…..

4. kalau kaduk naik junjung ..akan jadi belantara kerana kaduk akan melata dengan ‘bongkak’nya di atas junjung..hatta melata di tanah pun bagaikan rimba..kalau naik junjung mahunya dipaut kepada pokok pisang..kelapa dan sebagainya….yang mana memudaratkan pokok-pokok lain…

5. sudah melata di tanah sifatnya usahlah diajak naik junjung nanti lupa tanah asal usul…

6. ya…kaduk kalau naik junjung..akan mencanak-canak ke atas tak ingat bumi!

perumpamaan kaduk naik junjung itu adalah bagi mengingatkan kita ..’ingatlah asal usul..jangan over!

YEAH!!yang ni lah aku cari....'INGATLAH ASAL USUL'...Jangan pulak dah berada ditempat tinggi..di tindas orang di bawah...

dan x syak lagi..kau(individu yang berkenaan) memang KADUK NAIK JUNJUNG.....

kesimpulan yang sebenar:
bukan saje2 aku nak cari maksud kaduk naik junjung 2...tapi sebab aku nak buktikan pepatah tu memang sesuai benar dengan diri 'seseorang' yang sekarang ni memang aku beri gelaran'KADUK NAIK JUNJUNG'..

maaf zahir batin...=)

No comments:

Post a Comment